APRIL 2024

Rumah Terbuka Premier Sarawak Dapat Sambutan Luar Biasa


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) hari ini. 

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak mendapat sambutan yang luar biasa dengan kehadiran lebih kurang 13, 000 orang pengunjung. 

Turut memeriahkan majlis rumah terbuka itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta barisan Menteri-Menteri Kabinet Negeri yang lain.

Para pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama mula beratur panjang seawal jam 9 pagi bagi memeriahkan rumah terbuka tersebut.

Suasana meriah  berlangsung di BCCK di mana para tetamu berinteraksi dan berkongsi kegembiraan sambil menikmati kehangatan suasana sambutan Hari Raya.